Sabah hari ini memulakan pemberian dos penggalak kepada petugas barisan hadapan, warga emas dan golongan berisiko.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, lebih 60,000 petugas barisan hadapan serta 193,953 warga emas dan golongan berisiko di negeri itu dikenal pasti layak menerima dos penggalak menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).